Friday, October 9, 2009

Ummi Munaliza:

Hukum bersedekah dalam Islam adalah sunat sahaja.
Walaupun begitu fadhilatnya sangat besar. Kerana itu tidak hairanlah Rasulullah SAW sangat-sangat menggalakkan
umatnya supaya rajin bersedekah dan baginda sendiri sangat kuat bersedekah. Amalan bersedakah ini dapat
menjadi amalan yang bermanfaat kepada tuannya setelah ia meninggal dunia nanti.

Bagaimanpun jika seseorang itu bernazar hendak melakukan sedekah kepada seseorang, maka wajib kepadanya
melunaskan sedekahnya itu kepada individu yang dimaksudkan. Maksud sedekah dapat menguatkan perpaduan
ummah ialah:

1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang
berharta dan kaya.

2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang
miskin. Sifat dengki akan hilang.

3. Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.

4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan.
Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.

Keempat-empat faktor yang kita bincangkan ini menjadi faktor utama ke arah kekuatan perpaduan antara
sesama masyarakat Islam. Apabila wujud perpaduan di peringkat masyarakat, ia akan membawa kepada
perpaduan di peringkat negara, dari peringkat ini ia akan bergerak ke peringkat ummah seluruhnya.
Inilah yang dimaksudkan bersedekah menguatkan perpaduan ummah.

No comments:

Post a Comment

nama ALLAH